Murid

SMI Hidayah Pasirris BP

Pakaian

Di SMIHP BP, murid memakai beberapa jenis pakaian seragam, bergantung pada hari persekolahan. Rujuk jadual pakaian untuk menentukan pakaian yang mana dipakai pada hari apa. 

Di bawah adalah senarai pakaian SMIHP BP.

Seragam Sekolah

Banin/Lelaki: 
Kemeja putih berlengan panjang, seluar slack berwarna perang gelap, tali pinggang hitam/gelap, bertali leher logo SMIH, stokin dan kasut hitam.

Banat/Perempuan:
Tudung labuh putih, baju kurung kuning langsat bercekak di pergelangan tangan, stongan, kain perang gelap, stokin dan kasut hitam.

Pakaian Sukan / PJK

Banin/Lelaki: 
Kemeja-T SMIHP BP, seluar track hitam, stokin dan kasut sukan.

Banat/Perempuan:
Tudung labuh hitam, kemeja-T  muslimah SMIHP BP, seluar track hitam, stokin dan kasut sukan.

Pakaian Latihan KRS / Kokurikulum

Banin/Lelaki: 
Beret hijau KRS Musleh, kemeja-T KRS Musleh (lengan panjang), seluar track hitam, stokin hitam dan kasut hitam.

Banat/Perempuan:
Beret hijau KRS Musleh, tudung labuh hitam, kemeja-T KRS  Musleh stail muslimah, seluar track hitam, stokin hitam dan kasut hitam.

Jadual Pakaian

Pakaian bebas bertema. Penetapan tema adalah bergilir mengikut minggu dalam sebulan.

Pakaian seragam sekolah.

Pakaian seragam sekolah / pakaian sukan (sekiranya ada PJK).

Pakaian seragam sekolah / pakaian sukan (sekiranya ada PJK).

Pakaian KRS / Kokurikulum.