Logo SMIH Transparent

Sekolah Menengah Islam

Hidayah Pasirris

Batu Pahat

Siapa Kami?

Sekolah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat adalah cawangan Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru yang merupakan sekolah swasta Islam sejak 1989 bagi sekolah rendah dan 1995 bagi sekolah menengah.

Sekolah ini diasaskan dengan tujuan untuk melahirkan insan rabbani, iaitu insan yang sangat menitik beratkan hubungan dengan ALLAH dalam urusan dunia dan akhirat serta mampu memimpin masyarakat.

Murid SMIH BP 2020

Mengapa Pilih Hidayah?

Apakah yang istimewanya sekolah Hidayah untuk anda pilih sebagai tempat pendidikan anak anda?

Murid SMIH BP sedang berdoa

Kami Ibu Bapa Seperti Anda

Kami juga ibu bapa seperti anda. Kami memahami bahawa dalam dunia moden ini, untuk mendidik anak remaja menjadi muslim yang tulen merupakan suatu cabaran yang memerlukan kepada pengorbanan.

Cabaran Mendidik Zaman Moden

Telefon bimbit, permainan video, YouTube, Tik Tok, Instagram, media sosial yang pelbagai, dan banyak lagi perkara bersaing dengan anda untuk mempengaruhi anak anda. Menghalang tidak mudah. Cabaran ini datang dari segenap arah seluruh dunia terus ke hujung jari anak-anak.

Murid SMIH BP | Level-up!
SMIH BP | Banat KRS menghafaz al-Quran

Bina Kekuatan Dalaman

Didik anak dengan kekuatan dalaman dan kejelasan pemikiran.

Di sinilah kami boleh bersama anda dalam usaha ini.

Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat menekankan pembinaan sahsiah sebagai keutamaan tanpa meninggalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Tarbiah dan Pembinaan Sahsiah

Kami di Sekolah Menengah Islam Hidayah Batu Pahat (SMIH BP) percaya bahawa pendidikan adalah proses pembinaan dan pengembangan potensi manusia ataupun juga disebut tarbiah.

Pembinaan Ilmu dan Kemahiran Berfikir

Diterapkan melalui proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kelas. Elemen ini menggabungkan kurikulum kebangsaan KSSM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum diniah oleh IKRAM-MUSLEH.

Praktikal Melalui Wasilah Tarbiah

Program-program pembentukan sahsiah yang praktikal untuk melengkapkan kefahaman dan membantu proses merubah kefahaman kepada amalan.

Kemahiran dan Kepimpinan

Melengkapkan pembangunan potensi, membina daya tahan, kemahiran mengurus dan kerja berpasukan selain kemahiran memimpin melalui aktiviti kokurikulum dan KRS.

Mata Pelajaran

Yang Ditawarkan Di Hidayah

Menengah Rendah

Menengah Atas

Diniah IKRAM Musleh

Berminat untuk mohon daftar?

Klik di bawah untuk mohon daftar anak tuan/puan bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 tahun 2021.

Tinggal jauh daripada sekolah?

Klik di bawah untuk mohon penempatan di asrama.

Ada kemusykilan?

Tanya kami di sini

Berkenaan kemasukan

Kami akan menghubungi pihak tuan/puan dengan maklumat lanjut sekiranya permohonan daftar untuk anak tuan/puan diterima.

Surat tawaran akan dikeluarkan bagi anak-anak yang berjaya memohon masuk.

Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris Batu Pahat baru sahaja dibuka pada tahun 2020.

Ini bermaksud pada tahun 2022, hanya ada tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja.

Tetapi tuan/puan usah risau. Kami jangkakan untuk menambah tingkatan setiap tahun sehingga lengkap semua tingkatan sampai tingkatan 5.

Ya. Kini permohonan asrama sudah dibuka. Sila buat permohonan di pautan ini: Mohon Daftar Asrama.

Tempat yang dibuka di asrama adalah terhad untuk tahun 2021. Penempatan akan diberikan keutamaan yang pada yang mohon awal dan tinggal jauh daripada SMI Hidayah Pasirris BP.

Boleh.

Tuan/puan boleh memohon asrama untuk anak tuan/puan pada bila-bila masa dengan syarat masih ada tempat kosong.

Ini bermaksud sekiranya tempat untuk asrama sudah penuh, kami tidak boleh menerima permohonan baharu.

Berkenaan Kurikulum dan Kokurikulum

SMI Hidayah BP melaksanakan jadual dengan kitaran dua minggu setiap pusingan.

Setiap hari akan ada dua pertemuan pembelajaran di Google Meet dengan murid bertempoh satu jam setiap satu. Kemudian murid perlu menyelesaikan dua tugasan secara “asynchronous” di Google Classroom. Pada waktu petang, murid boleh memilih untuk menyertai atau melaksanakan Study Group bersama-sama guru dan rakan untuk meningkatkan kefahaman melalui perbincangan.

Kehadiran murid dalam kelas PdPR setakat ini adalah lebih 80%. 

Ya. Di SMIH BP, kami sentiasa memberikan peluang kepada murid untuk mengasah bakat dan potensi diri masing-masing. 

Murid juga berpeluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan sebagai wakil sekolah di pelbagai peringkat termasuk antarabangsa. Sebagai contoh Pertandingan Video Pendek IKRAM Musleh – Antarabangsa 2021 di mana SMIH BP telah menghantar 10 orang peserta sebagai wakil SMIH BP. 

Para murid juga diberikan tugasan dan tanggungjawab di sekolah sebagai medan untuk membina kemahiran kepimpinan dan pengurusan. Program Remembrance of the Ummah dan Kemerdekaan dilaksanakan sepenuhnya oleh murid tingkatan 2 dengan panduan guru. 

Selain itu murid juga boleh menyertai badan beruniform KRS Musleh, Kelab Qawi sebagai kelab sukan dan Kelab Seni sebagai persatuan.

Akan datang, kelab-kelab dan persatuan akan ditambahkan, in syaa ALLAH, selaras dengan perkembangan sekolah.

Kami bertujuan untuk melahirkan Insan Rabbani; manusia yang dekat dengan ALLAH, berilmu dengan ilmu yang benar, beramal dengan amalan yang betul, berakhlak dengan akhlak yang mantap dan memimpin dengan wibawa dan kemahiran.

Untuk tahun 2022, kami akan melaksanakan pembelajaran yang menggunakan platform  pendidikan Apple untuk pembelajaran digital di dalam kelas. 

Setiap murid dikehendaki untuk memiliki Apple iPad untuk tujuan ini. 

Buku teks akan digantikan dengan buku teks digital dan aktiviti di dalam kelas akan mempergunakan teknik hibrid fizikal dan digital untuk keberkesanan dalam pembelajaran. 

Oleh kerana polisi sekolah adalah setiap murid memiliki sebuah iPad, maka SMIH BP juga menyediakan saluran untuk pembelian melalui pihak sekolah dengan menawarkan iPad dengan harga pendidikan serta menyediakan kemudahan bayaran ansuran.

Untuk tahun 2022, ya. 

Ibu / bapa boleh menggunakan iPad sedia ada, membeli sendiri atau membuat pembelian melalui SMIH BP dengan cara bayaran terus atau ansuran. 

Pembelian dengan sekolah akan membolehkan tuan/puan mendapatkan harga iPad untuk pendidikan yang lebih murah.

Berkenaan yuran

Tuan/puan boleh rujuk di sini untuk maklumat yuran:
Kalkulator Yuran Pusat Pendidikan Hidayah 2021.

Sila pilih Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.

Pembayaran yuran boleh dibuat melalui JomPay. 

Berikut maklumat yang diperlukan:

Biller Code: 10322
Ref-1: Nombor matrik murid
Ref-2: Nama murid

Contoh:
Ref-1: 22MBP0001
Ref-2: Ahmadi bin Zailani

Berkenaan Perjalanan Sekolah

[Waktu selain PdPR]

Anak-anak akan bersekolah bermula jam 8:00 pagi setiap hari. Namun begitu pagar sekolah akan dibuka pada jam 7:30 pagi.

Pada hari Ahad hingga Rabu, waktu pulang adalah pada jam 4:30 petang.

Akhir sekali pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 2:30 petang.

Ketetapan Ramadan

Pada hari Ahad hingga Rabu, waktu pulang adalah pada jam 2:00 petang.

Akhir sekali pada hari Khamis, waktu pulang adalah pada jam 12:10 petang.

PdPR

Pertemuan 1  [GM]: 8:30 – 9:30
Pertemuan 2 [GM]: 10:00 – 11:00
Dua tugasan “asynchronous” di Google Classroom. 
Petang : Study Group (pilihan)

Kami bergantung kepada pengumuman daripada KPM. Seandainya diberikan keizinan untuk buka, kami akan buka, in syaa ALLAH.