Pada 6 November 2018, pelajar asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah mengadakan Program Roummah Asrama bersama pelajar Rohingya yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Asrama SMIH.
Program ini disertai oleh 10 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan yang diiringi oleh Cik Syaidatul Akma, Guru Besar Sekolah Rohingya dan Encik Haqqul Yaqin, salah seorang guru di sekolah tersebut.
Objektif program adalah memupuk kesedaran dan keprihatinan pelajar asrama terhadap isu ummah. Ia juga merupakan kesinambungan daripada Program Roummah pada hari jumaat akan datang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah sesi suai kenal, senamrobik, dan explorace bersama pelajar Rohingya. Aktiviti ini dijalankan di sekitar kawasan sekolah. Program diakhiri dengan pemberian saguhati kepada pelajar Rohingya.
Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun akan datang kerana memberi banyak manfaat terutamanya kesedaran tentang isu ummah yang tertindas dan bukti keprihatinan terhadap mereka.
#WeShareOneSoul