Pada tanggal 21 Februari 2019, SPM Excellent Project (SEP) dan Unit Bimbingan Kaunseling Sekolah telah mengadakan Program MOTIVASI DAN PELANCARAN GPK SPM bagi tahun 2019 untuk murid-murid tingkatan 5.
Program tersebut telah berlangsung dari jam 8.30a.m. sehingga 2.30p.m. dan telah disampaikan oleh Encik Adam Luthfie selaku Kaunselor Sekolah.
Program diteruskan dengan Pelancaran GPK SPM 2019 yang telah dirasmikan oleh Puan Seri Juli Emas Wati Adnan selaku Pengetua SMIH pada jam 2.30p.m. sehingga 3.40p.m.
Pada tahun ini Sekolah Menengah Islam Hidayah telah mensasarkan GPK 2.31 untuk dicapai oleh murid-murid Batch AVG 21 dengan motto mereka “The Uprising Wave”. Murid-murid Batch AVG 21 juga telah berikrar akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan memberikan kerjasama yang terbaik kepada guru-guru agar sasaran GPK 2.31 tahun ini dapat dicapai.
Secara keseluruhannya program yang dilaksanakan ini secara tidak lansung dapat membentuk semangat murid-murid tingkatan 5 agar terus bermotivasi , berkeyakinan dan gigih melakar kecemerlangan sekaligus membina jati diri dan akhlak sebagai Generasi Rabbani.
Semoga program motivasi dan pelancaran GPK SPM 2019 ini menjadi permulaan yang baik bagi batch AVG 21.
Jazakumullah khairan katsira kepada semua yang terlibat terutama Unit Akademik dan Unit Pembangunan Sahsiah Murid diatas berlangsungnya program tersebut