Program Motivasi Akademik Tingkatan 4 telah diadakan pada 4 September 2025 di Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMIH. Program ini disertai sekitar 160 orang pelajar Tingkatan 4 dengan objektif meningkatkan motivasi belajar dan kemahiran mengurus tekanan.
Sesi motivasi telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Adnan bin Omar yang berkongsi strategi menetapkan matlamat, teknik pengurusan masa, serta cara mengawal emosi ketika menghadapi peperiksaan. Pendekatan interaktif beliau berjaya menarik perhatian pelajar dan memberi inspirasi untuk lebih fokus, berdisiplin, serta berdaya tahan dalam pelajaran.
Program ini berjalan dengan baik apabila pelajar menunjukkan penglibatan aktif serta memberikan maklum balas positif. Secara keseluruhan, program ini berjaya menyuntik semangat baharu kepada pelajar Tingkatan 4 dalam menghadapi cabaran akademik. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasa motivasi dan sahsiah pelajar.






