Tarikh: 29 – 30 Jun 2016
Masa: 3.30 ptg (Rabu) – 6.30 pg (Khamis)
Tempat: Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn
Yuran: RM10.00
Pelajar dikehendaki membuat pembayaran yuran untuk makanan, tempat penginapan dan pengangkutan selewat-lewatnya pada 27 Jun 2016. Bagi pelajar yang hadir tetapi tidak bayar untuk makanan, sila bawa makanan sendiri.
Selain itu, pelajar juga diminta membawa pakaian secukupnya, ubat peribadi, Al-Quran, tikar dan sleeping bag sendiri.
Sila hubungi En. Omar Danial di 019 7772536 untuk sebarang pertanyaan.
Objektif program:
1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara i’tikaf mengikut sunnah Nabi SAW.
2. Merebut peluang Lailatul Qadar.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan.