Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak ini, Unit Tarbiyyah Guru dan Staff SRIH telah mengadakan program Bingkisan Ramadhan. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Islamic Relief Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Bandaraya Johor Bahru serta penglibatan daripada guru-guru SMIH.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengutip sumbangan (berbentuk wang dan barang keperluan harian) untuk diagihkan kepada keluarga yangmemerlukan. Program seperti ini juga membuktikan keprihatinan pihak sekolah dengan masyarkat setempat di samping dapat mengeratkan hubungan di antara kedua belah pihak.
Program yang bermula sejak 1 Ramadhan sehingga 19 Ramadhan ini, telah berjaya mengutip wang sumbangan berjumlah RM 1575. Sebanyak 23 keluargayang tinggal di Kg. Sinaran Baru, Seelong dan Taman Impian Jaya telah menerima sumbangan berbentuk wang dan juga barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung minyak dan lain-lain.
Pada 19 Ogos bersamaan 19 Ramadhan, sumbangan ini telah diagih-agihkan oleh guru-guru dan staf mengikut kumpulan halaqah masing-masing. Sebanyak 23 keluarga telah dikenalpasti layak menerima sumbangan.Kebanyakannya terdiri daripada kalangan ibu tunggal dan OKU. Juadah berbuka puasa pada program Malam Badar yang diadakan pada 20 Ogos, juga turut disampaikan kepada keluarga-keluarga ini.
Semoga program ini berjaya menyemai sifat prihatin dan menyuburkan amalan berinfaq dalam diri warga kerja Sekolah islam Hidayah.Juga diharapkan bingkisan Ramadhan kali ini dapat mendekatkan institusi Hidayah dengan masyarakat setempat dan dapat diteruskan pada tahun hadapan. Insya Allah.