Alhamdulillah, pelancaran program Prihatin Ummah peringkat SRIH Johor Bahru telah berjaya dilaksanakan 29 Ogos 2016.
Program ini adalah bertujuan:
1. Untuk Membangkitkan kesedaran di kalangan Murid-Murid tentang pentingnya Al Aqsa kepada umat islam.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang senario terkini yang berlaku di Palestin dan Negara Islam yang lain termasuklah di Malysia.
3. Memberi Kefahaman bahawa setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan kearah pembebasan Palestin dan keharmonian Umat islam.
4. Mengumpulkan Dana Perihatin Ummah yang akan disalurkan melalui Intitusi MyCare.
Program bermula jam 740 pagi sehingga 1015 pagi. Murid-murid tahap 1 berada di Dewan Badar manakala murid tahap 2 di Dewan Uhud. Antara aktiviti semasa program pelancaran ini ialah ceramah, tayangan montaj prihatin ummah, persembahan sajak dan nasyid dari kalangan murid serta kutipan infaq.
Alhamdulillah ceramah yang bersemangat telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr Mohd Zin Kandar (Pengurus MyCare negeri Johor dan Ahli Lembaga pemegang Amanah MyCare Malaysia) dan En Md Nor Azan bin Said @ Abd Kadir ( Sukarelawan MyCare,Pengerusi Belia Ikram Pasir Gudang,AJK MyCare Pasir Gudang). Penceramah telah berkongsi situasi umat islam sekarang termasuklah di Palestin dan Syria serta peranan umat islam untuk membantu dalam isu ini
Gerai jualan dan pameran Prihatin Ummah juga dibuka pada waktu rehat hari ini bertempat di Dataran Amanah, dan akan bersambung pada hari Selasa 30/8/2016 dan Khamis 1/9/2016 ini. Kutipan infaq juga akan diteruskan sepanjang minggu ini.
Program anjuran Pembangunan Sahsiah Murid (PSM) ini juga bekerjasama dengan kelab MyCare SRIH serta MyCare daerah Bandaraya Johor Bahru. Bagi mewujudkan rasa kebersamaan dan keprihatinan, semua warga SRIH digalakkan memakai mafla sepanjang minggu ini.
Semoga semua warga SRIH mendapat kesedaran dan input yang bermanfaat daripada program ini. Sesungguhnya menjadi tanggungjawab kita senagai muslim untuk mengambil tahu perihal semasa umat islam kini.
Prihatin Ummah Sebarkan Rahmah