Pusat Pendidikan Hidayah Berhad telah menerima lawatan seramai 20 peserta dari Institut Pendidikan Hira’ Berhad bersempena dengan Lawatan Penanda Aras Transformasi Sekolah di Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru pada 11 Oktober yang lalu.
Mereka terdiri daripada Pengurus Besar; Tuan Hj. Mohamed Fariz Bin Mohamed Fadhlullah, wakil pengurusan SRI Hira’ Klang, wakil pengurusan SMI Hira’ Jeram dan staf pejabat IPHB.
Pengurus Besar IPH, Tuan Hj. Mohamed Fariz berkata, objektif program adalah untuk berkongsi idea dan kepakaran dengan menggabung jalin kejayaan sekolah.
Selain itu, ia juga bertujuan mendapatkan pengalaman dan cara terbaik dalam pengurusan sekolah bagi memacu sekolah-sekolah dibawah kelolaan IPH.
Pada sesi pagi, ketibaan IPH disajikan dengan persembahan Basic Self Defence (BaSeD) KRS Musleh dan juga persembahan nasyid oleh Najahan.
Kemudian, ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif(KE) Pusat Pendidikan Hidayah (PPH); Ustaz Mohd Jelani bin Ramly dan diucap balas oleh Pengurus Besar IPHB. Lawatan diteruskan dengan pembentangan berkenaan PPH oleh Ketua Eksekutif dan diikuti dengan pembentangan berkenaan infrastruktur dan sistem IT oleh Pegawai Teknologi Maklumat; En Abdul Aziz bin Khamaruzaman.
Pada sesi petang pula, sesi lawatan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengurusan, sekolah rendah dan sekolah menengah. Para guru besar dan pengetua saling berkongsi informasi dan cara pengurusan bagi sekolah masing-masing.
Lawatan ini diakhir dengan lawatan keseluruhan tapak dan infrastruktur Sekolah Islam Hidayah Johor Bahru.
Moga lawatan ini mencapai objektif dengan baik dan memberikan inspirasi bagi IPHB dalam mengtransformasi kaedah dan teknik pengurusan.