Pihak sekolah sangat menghargai komitmen tuan puan terhadap pendidikan anak-anak dan sentiasa memastikan yuran anak-anak dijelaskan sebelum tamat tempohnya. Kemudahan JomPAY yang diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan kedua pihak agar rekod pembayaran lebih terjamin.
Polisi ini bertujuan untuk memudahkan urusan tuan puan dan pihak sekolah dalam usaha memperkemas sistem pembayaran yuran agar pendidikan anak-anak di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sekolah berharap tuan puan sentiasa bersama memahami dan menyokong misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani
Semoga Allah sentiasa membantu kita dan memberkati pengorbanan tuan puan sepanjang persekolahan anak-anak di Sekolah Islam Hidayah.
Yang menjalankan amanah,
MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif,
Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
POLISI YURAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 2021 | |
1 | Pembayaran yuran adalah melalui aplikasi JomPAY SAHAJA. |
2 | Bayaran pendaftaran bagi murid lama untuk sesi baru adalah sebelum atau pada 20hb Disember. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. |
3 | Bayaran pendaftaran bagi murid baru, perlu dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa/penjaga gagal berbuat demikian, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. |
4 | Resit rasmi boleh disemak dan dicetak melalui laman web www.hidayah.edu.my bahagian e-waris. |
5 | Yuran Pengajian sepatutnya/hendaklah dibayar setahun. Walau bagaimanapun, ibu bapa/penjaga dibenarkan membayar secara bulanan tanpa tertunggak sebelum 10hb untuk bulan berkenaan. Diskaun diberikan kepada murid warganegara SRIH dan SMIH (JB) yang membayar Yuran Pengajian setahun semasa pendaftaran atau selewatnya pada bulan Januari sesi baru. |
6 | Yuran Pengajian bagi murid wargaluar hendaklah dibayar setahun atau sentiasa 3 bulan awal (Bayar yuran pertama hingga ketiga semasa pendaftaran, yuran keempat dan seterusnya MESTI dibayar mulai bulan Januari berturutan hingga September) |
7 |
Ibu bapa/penjaga yang memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, hendaklah membayar selewatnya pada 10hb bulan semasa, kelewatan bayaran adalah dikira sebagai YURAN TERTUNGGAK. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut: 7.1 Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak. |
8 | Notis peringatan status yuran tertunggak terakhir untuk tahun semasa akan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga yang berkenaan pada bulan November. Murid yang tidak selesai bayaran yuran tahun semasa tidak dibenarkan membayar dan bersekolah untuk sesi baru serta boleh dikenakan tindakan undang-undang. |
9 |
Pembatalan kemasukan atau pendaftaran atau urusan keluar sekolah adalah seperti berikut : 9.1 Sebelum sesi persekolahan bermula, |
10 | Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan, jika ibu bapa/penjaga masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada ditahun semasa atau seterusnya, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika sebaliknya, mereka perlu berhenti dan mendaftar baru jika ingin kembali ke sekolah. Walau bagaimanapun, penerimaan untuk mendaftar adalah bergantung kepada kekosongan tempat belajar. |
11 |
Yuran asrama (SMIH JB/BP) 11.1 Murid yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak mohon masuk asrama. |
12 | Polisi di atas adalah tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa. |
Kemaskini: 26/11/2020