PIBG: Ucapan Selamat Datang

Assalamualaikum tuan/puan, para ibubapa dan guru warga Hidayah yang saya hormati.

Alhamdulillah hari ini, bermula kembali sesi baharu persekolahan anak-anak kita di Hidayah. Saya bagi pihak PIBG SMIH mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar dan ibubapa baharu serta selamat kembali kepada pelajar-pelajar dan ibubapa lama ke sekolah.

Ingat moto kita ‘Sekolah Anak Kita Adalah Sekolah Kita Jua’. We are a big happy family.

Banyak aktiviti yang memerlukan kita saling bantu-membantu supaya SMIH terus unggul dan cemerlang.

Marilah kita sama-sama mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, terutamanya peraturan parkir kenderaan serta peraturan lain seperti pembayaran yuran dan sebagainya. Kita berupaya menjadi insan yang boleh membahagiakan orang lain. Jangan kita pentingkan diri sendiri sahaja.

Kepada pengetua, guru-guru dan kakitangan bukan akademik, teruskan perjuangan anda. PIBG sentiasa sedia membantu.

Tiada apa yang kita harapkan daripada bantuan ini melainkan hanyalah redha Allah semata-mata.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama menjinjing tangan, bahu membahu membantu sekolah kita agar ia akan memberi lebih makna kepada setiap individu pelajar, guru-guru, staf bukan akademik dan juga jiwa kita sendiri.

“Majulah Hidayah Untuk Ummah!”

Dr. Hj. Wan Ibrisam Fikry Wan Ismail
Pengerusi PIBG SMIH
01/01/2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda