SRIH & SMIH akan dibuka semula pada 10 Ogos 2009. Berikut adalah surat makluman:
Ruj.Kami:LPH10.4/09/
2 OGOS 2009
Kepada,
Ibu bapa / penjaga Pelajar,
Sek. Ren. Islam Hidayah /
Sek. Men. Islam Hidayah.
Assalamualaikum wmt wbt.
Tuan/puan,
PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH
Seperti yang diketahui oleh semua ibu bapa/penjaga, wabak demam semakin merebak di Sekolah Hidayah.
2. Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa, untuk memelihara kesejahteraan anak-anak kita bersama, pihak kami telah membuat keputusan bahawa Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah akan ditutup mulai dari tarikh 4/8/09 (Selasa) sehingga 9/8/09 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 10/8/09.
3. Semua aktiviti sepanjang minggu tersebut termasuk semua program hujung minggu ditangguhkan.
4. Bagi pelajar Sekolah Menengah, Ujian Bulanan 2 akan ditunda ke tarikh 17 – 21/8/09.
Sekian untuk makluman pihak tuan/puan. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi LPH, Prof Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali (019-7133977), Guru Besar SRIH, Us. Mohd Jelani Ramly (019-7166451) atau Pengetua SMIH, Pn. Kamaliah Noordin (019-7540410).
Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
PROF. DR. HJ. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Pengerusi,
Lembaga Pengelola Hidayah.