15 Julai 2020 : Pegawai Perhubungan Sekolah dari IPD Johor Bahru, Sarjan Azma turut hadir pada tarikh awal pembukaan sekolah yang merupakan rutin bulanan perjumpaan bersama GPK HEM SRIH.Dalam perjumpaan kali ini, pihak PPS telah mendapatkan data dari pihak sekolah tentang bilangan kehadiran murid yang hadir pada tarikh tersebut, bilangan guru dan staf yang hadir serta bilangan murid yang masih terkandas di luar Malaysia. Sarjan Azma akan mengusahakan kumpulan operasinya turun sama pada 22 Julai 2020 nanti bagi memantau pembukaan semula sekolah bagi Tahun 1 hingga 4.
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SRIHJB
Ustazah Zaleha Daud