Pada 10 September 2018, Unit Pembangunan Sahsiah Murid Sekolah Rendah Islam Hidayah telah melancarkan Minggu Prihatin Ummah 2018.
Majlis telah dirasmikan oleh guru besar, Ustazah Rohaida binti Ridzwan. Wakil MyCare Johor, Saudari Nor Shahidatul Akma binti Mohd Noh turut memberikan perkongsian kepada murid tentang pengalaman beliau sepanjang menjadi aktivis MyCare Johor.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Prihain Ummah adalah Pertandingan Kain Rentang, Pertandingan Mewarna, Open Mic Prihatin Ummah, Jualan Amal, Kutipan Infaq dan pameran dari pihak MyCare Johor. Majlis tadi tamat sekitar jam 10.15 pagi.
Untuk melihat gambar penuh, sila layari fb page Sekolah Islam Hidayah atau KLIK DI SINI