Berikut merupakan pakaian seragam bagi para pelajar Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru bagi sesi 2017.
A. LELAKI
- Kopiah keluaran sekolah
- Baju kemeja putih lengan pendek
- Seluar biru gelap
- Stoking hitam (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
- Sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna putih atau tshirt sukan SRIH. (tshirt lain tidak dibenarkan)
- Sekiranya memakai tali pinggang, hanya warna hitam dan biru gelap yang dibenarkan
B. PEREMPUAN
- Tudung putih ( bagi tahun 4-6, bahagian sisi tudung mestilah melepasi siku/labuh)
- Anak tudung putih atau hitam
- Baju kurung putih berpesak
- Kain biru gelap bersusun tepi
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
PAKAIAN SETIAP HARI SELASA & SABTU (KOKURIKULUM) BAGI TAHUN 4-6
A. LELAKI
- Kopiah keluaran sekolah atau Baret KRS jika slot kokurikulum adalah TKRSM
- Tshirt Kokurikulum SRIH @ TKRSM yang dijual oleh SIH Niaga jika slot kokurikulum adalah TKRSM (Tshirt tkrs di kedai luar adalah tidak dibenarkan kerana tiada lambang IKRAM-MUSLEH)
- Seluar sekolah biru gelap @ seluar sukan hitam penuh (seluar bercorak/bergaris selain hitam tidak dibenarkan)
- Tali pinggang biru gelap/hitam @ tali pinggang KRS
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Sekiranya memakai Tshirt di dalam baju KRS, Tshirt tersebut mestilah berwarna hijau atau hitam (tshirt berwarna lain tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
B. PEREMPUAN
- Tudung hijau KRS dan baret KRS jika slot kokurikulum adalah TKRS
- Anak tudung berwarna hitam
- Tshirt Kokurikulum SRIH @ TKRSM yang dijual oleh SIH Niaga (Tshirt tkrs di kedai luar adalah tidak dibenarkan kerana tiada lambang IKRAM-MUSLEH)
- Seluar sukan hitam penuh (seluar bercorak/bergaris selain hitam tidak dibenarkan)
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
PAKAIAN BARISAN KEPIMPINAN MURID
(Sila rujuk contoh warna yang disertakan bersama surat lantikan)
A. KEPIMPINAN MURID SEKOLAH
- Kopiah keluaran sekolah / Tudung labuh biru muda serta anak tudung putih @ hitam
- Baju kemeja lengan panjang biru muda / Baju kurung berpesak biru muda
- Seluar biru gelap / Kain susun tepi biru gelap
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
C. PUSTAKAWAN
- Kopiah keluaran sekolah / Tudung labuh ungu muda serta anak tudung putih @ hitam
- Baju kemeja lengan panjang ungu / Baju kurung berpesak ungu
- Seluar biru gelap / Kain susun tepi biru gelap
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam penuh (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
- Stoking hitam penuh (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
D. ANGGOTA BERPANGKAT TKRS (KOPERAL/LANS KOPERAL/SARJAN) – Hari Selasa/Sabtu
- Baret KRS / Tudung hijau KRS serta anak tudung hitam
- Baju kemeja hijau muda KRS (Baju nombor 3 dalam KRS) serta aksesorinya mengikut pangkat
- Seluar biru gelap
- Stoking hitam (berjalur/bercorak tidak dibenarkan)
- Kasut kanvas hitam (kasut pvc/kulit/bercorak/bergaris warna tidak dibenarkan)
- Sekiranya memakai tshirt di dalam baju, tshirt tersebut mestilah berwarna hijau
- Tali pinggang KRS
PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
- Murid tahun 1-3 dibenarkan memakai pakaian PJ iaitu tshirt sukan sekolah daripada awal pagi hingga pulang sekolah.
- Murid tahun 4-6 dikehendaki memakai tshirt Kokurikulum SRIH daripada awal pagi hingga pulang sekolah
- Seluar sukan biru gelap @ hitam
- Stoking hitam @ stoking sukan
- Kasut sekolah hitam kanvas @ kasut sukan
LAIN-LAIN
- Semua pakaian seragam murid (kecuali pakaian tshirt) mestilah dilengkapkan dengan lencana sekolah dan tanda nama.
- Tanda nama bagi tahun 1-6 kecuali kepimpinan murid adalah berlatarbelakang putih dan bertulisan hitam.
- Tanda nama boleh ditempah melalui SIH Niaga