Alhamdulillah pada 8 & 9 Mac 2019 yang lalu telah berlangsungnya mukhayyam bagi guru-guru wanita SRIH JB dan SRIH BP.
Mukhayyam yang disertai oleh hampir 80 orang peserta bertempat di The Cove Garden Homestay Resort Kg Jawa, Masai Johor.
Program ini dianjurkan oleh Unit Tarbiah Guru dan Staf SRIH dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Hidayah,Jawatankuasa Penduduk Zon Sg Tiram dan Pertubuhan Ikram Malaysia.
Mukhayyam ini dirasmikan oleh wakil IKRAM dan YPH, Ust Mohd Jelani bin Ramly.
Aktiviti mukhayyam dimulakan dengan program khidmat masyarakat bertema “We Care We Share” di Perkampungan Orang Asli Kg Pasir Salam. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan bersama penduduk Kg Pasir Salam, antaranya ialah pertandingan mewarna bersama kanak-kanak , simulasi menggosok gigi dan mencuci tangan, membuat belon bersama remaja, ceramah kesihatan bersama ibu bapa serta rewang kenduri sekampung bersama-sama.
Aktiviti kemuncak pula adalah penyampaian sumbangan kepada penduduk Kg Pasir Salam.
Seterusnya mukhayyam di teruskan dengan aktiviti2 ukhwah di camp site yang terletak di Masai Johor.
Alhamdulillah program mukhayyam berjalan dengan lancar dan peserta dapat mengutip banyak pengalaman sepanjang program mukhayyam berlangsung.
Semoga program sebegini dapat mengukuhkan ukhuwah dikalangan guru wanita serta memberi bekalan sepanjang perjalanan mentarbiah anak-anak di sekolah di samping menjadi anggota masyarakat yang berguna insyallah.
SANATI AB KADIR
PENGARAH PROGRAM
MUKHAYYAM GURU WANITA 2019