Minggu SMAT-V merupakan antara acara besar yang menisi takwik SMIH setiap 2 tahun sekali. Ia merupakan minngu gabungan panitia Sains, Matematik, Teknik dan Vokasional. Tema SMAT-V kali ini ialah”Islam is The Root of Science & Technology.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah :
1. Pertandingan rekacipta : Model Masjid Hidayah.
2. Pertandingan Membuat Poster/ Wallpaper.
3. Pertandingan Catur Bestari
4. Kuiz P.A ( Prinsip Akaun )
Acara kemuncak minggu SMAT-V akan dilangsungkan pada 5 Mac 2011.
Pada tarikh tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti :
1. Pertandingan memasak ( menengah atas dan rendah )
2. Pertandingan Gubahan ( menengah atas dan rendah )
3. Kuiz P.A ( Prinsip Akaun )- pusingan akhir
4. Pertandingan Parachute ( ujian di lapangan )
5. Pertandingan Roket ( ujian di lapangan )
6. Pertandingan Jambatan ( ujian tekanan beban )
7. Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Semoga penyajian aktiviti seumpama ini membuka minda anak-anak kita untuk melihat sains dan teknologi menerusi worldview Islam yang terbukti kesyumulannya. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini sebagai salah satu ibadah yang diterima.