Sumbangan sebanyak RM 20 ribu telah dapat dikumpulkan oleh warga SMIH, guru dan pelajar, dan dapat diserahkan kepada Pengerusi My Care Johor, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Bin Kadar dalam Majlis Penghargaan kepada sekolah-sekolah negeri Johor yang banyak memberi sumbangan kepada My Care dan juga Perasmian modul Kesukarelawanan MyCARE bagi sekolah dan tadika.
Perasmian modul tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor En Azman Bin Adnan.