Majlis Pelancaran Jimat Tenaga dan Energy Efficiency Challenge 2017 telah dirasmikan oleh Tn Hj Hassan Hushin, Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah pada 26 April 2017 yang lepas. Ceramah bertajuk “Jimat Tenaga Elektrik” telah disampaikan oleh Dr Haslenda Hashim, Pensyarah Kejuruteraan Kimia UTM.
Kempen Penjimatan Tenaga adalah program yang mendukung konsep jimat tenaga kepada semua warga sekolah. Program ini berlangsung selama 6 bulan bermula 1 april hingga 30 september 2017 yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah mengenai pentingnya penjimatan tenaga. Melalui kempen ini juga semua warga sekolah dapat bersama-sama dengan pentadbiran sekolah mengurangkan kos utility dan seterusnya menjimatkan tenaga.
Objektif:
1. Mewujudkan budaya penjimatan di kalangan warga sekolah dengan menyokong serta menguatkan dasar penjimatan tenaga ( elektrik dan air) serta pemuliharaan alam sekitar yang lain secara berkesan oleh semua warga sekolah.
2. Menjadi sebuah sekolah yang mengamalkan sistem pengurusan tenaga yang lestari dengan melaksanakan langkah yang tepat bagi mengurangkan penggunaan tenaga melalui budaya berhemah, penyelenggaraan secara berkesan serta penggunaan peralatan yang cekap tenaga.
Program anjuran bersama :
PUSAT PENDIDIKAN HIDAYAH
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH
SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH
Dengan Kerjasama :
SURUHANJAYA TENAGA