SMIH JB : Mabit dan Daurah Tingkatan 2

Alhamdulillah pada 22-23 Ogos yang lalu telah berlangsungnya program Mabit dan Daurah Tingkatan 2 kali ke dua dan yang terakhir untuk tahun 2019. Program berjalan dengan sangat lancar kerana mendapat sambutan dan komitmen yang sangat baik dari pelajar-pelajar tingkatan 2.

Objektif program mabit dan daurah kali ini ialah untuk meningkatkan kesedaran tanggungjawab diri pelajar terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Ini kerana mereka adalah pewaris yang akan memimpin dunia pada masa akan datang.

Setelah selesai sesi penyampaian untuk Mabit, program disambung dengan membuat undian untuk memilih nama batch. Alhamdulillah nama batch yang telah dipilih dan dipersetujui melalui proses syura ialah CHROMIUM 24.


Chromium adalah elemen yang ke-24 dalam jadual berkala kimia yang mana elemen ini adalah bersifat tahan karat. Marilah sama-sama kita mendoakan agar pelajar-pelajar ini dapat digilap menjadi kilat sehingga menjadi insan rabbani sebagaimana misi Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Pada keesokan harinya, pelajar mengikuti slot Ini Peranan Kita (IPK). Setelah pelajar diberikan kesedaran berkaitan tanggungjawab masing-masing, perlulah diiringi dengan tindakan.
Semoga anak-anak kita menjadi pelajar soleh wa musleh dan berjaya dunia dan akhirat, insya Allah. Amin

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda