Pada 24 Disember 2024, hari yang bersejarah, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menerima kunjungan lawatan khas Jabatan Mufti Johor yang telah diketuai oleh Timbalan Mufti Johor iaitu SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal bin Mohamed berserta 7 pegawai daripada Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru dan Jabatan Mufti Johor pada jam 12:30 tengah hari.
Barisan pentadbir SM Islam Hidayah yang diketuai oleh Puan Pengetua Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan berserta barisan Unit Ta’mir telah menyambut kehadiran tetamu dengan penuh rasa hormat.
Tujuan utama lawatan khas ini diadakan adalah untuk meninjau dan melihat Musolla yang akan dinaik taraf sebagai Musolla Solat Jumaat.
Selain itu, SS Dato’ Timbalan Mufti dan para pegawai yang hadir turut diraikan dengan jamuan ringkas yang diadakan di bilik mesyuarat Yayasan Pendidikan Hidayah.
Kami warga SM Islam Hidayah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada SS Dato’ Ahmad Faisal dan rombongan kerana sudi hadir melaksanakan lawatan khas ini dan berharap ia adalah pemula dan penguat hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan Jabatan Mufti Johor.
Semoga seluruh warga Pusat Pendidikan Hidayah diberi kebenaran dan keizinan untuk menunaikan Solat Jumaat di Musolla Al-Hidayah.
Sekian, terima kasih.
- SM ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU –