Pada 6 Julai 2018 yang lalu, Ikram Junior SRIH telah menganjurkan program Lawatan ke Kilang Coklat. Seramai 80 murid dan 6 orang guru pengiring melibatkan diri.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sesi Pengenalan Kilang Go JB Chocolate Cocodamia oleh Puan Zamzarina Ismail. Seterusnya program diteruskan dengan Penerangan Sejarah Coklat dan Pemerhatian Cara Pembuatan Coklat.
Kemudian, anak anak membuat coklat masing masing di dalam kumpulan tertentu. Antara jenis coklatnya ialah choco-rice, jejari coklat dan coklat bunga.
Di akhir program, anak anak yang berminat membeli belah coklat cocodamia sebelum bersurai.
Alhamdulillah dan terima kasih pada semua ibu bapa, guru-guru dan anak anak yang terlibat. InshaAllah program Ikram Junior SRIH akan datang dengan lebih banyak program yang menarik.
Untuk melihat album penuh gambar program ini, sila KLIK LINK DI SINI