Majlis Khatam Al-Quran telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mac 2026 (Selasa) bermula dari jam 10.00 pagi hingga 1.30 tengah hari. Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan Al-Quran dalam kalangan pelajar serta meraikan mereka yang telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran.
Majlis ini telah diserikan dengan acara perasmian oleh Puan Pengetua, yang turut memberikan kata-kata semangat dan galakan kepada para pelajar agar terus mencintai Al-Quran.
Bagi memastikan kelancaran program, lokasi majlis telah diasingkan mengikut jantina iaitu:
Pelajar banin bertempat di Dewan Tabuk
Pelajar banat bertempat di Dewan Qadisiyyah
Majlis ini dihayati dengan tazkirah ringkas tentang alquran dan Hari Raya yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Ubadah serta turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada kalangan pelajar berbakat yang berjaya menarik perhatian dan menambah seri suasana program.
Program ini juga telah dihadiri oleh barisan Penolong Kanan sekolah, yang menunjukkan sokongan padu terhadap penganjuran majlis ini.
Sebagai tanda penghargaan, duit raya telah diagihkan kepada semua pelajar yang hadir, manakala saguhati khas diberikan kepada pelajar yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran pada 16 Mac 2026.
Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung dengan lancar dan jayanya. Ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan terus menjadi amalan pada masa akan datang.












