LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGAWSE Open Athletics 2026

Alhamdulillah, kontinjen atlet SMIH telah menyertai WSE Open Athletics 2026 yang berlangsung pada 31 Januari 2026 bertempat di Stadium Mount Austin. Kejohanan ini menghimpunkan atlet pelbagai kategori dan menjadi medan penting untuk menguji tahap prestasi, daya saing serta mental juang atlet dalam suasana pertandingan sebenar.

Penyertaan kali ini mencatat pencapaian terbaik setakat ini dengan kutipan keseluruhan 3 Emas πŸ₯‡, 1 Perak πŸ₯ˆ dan 2 Gangsa πŸ₯‰, hasil komitmen tinggi atlet, sokongan jurulatih serta semangat berpasukan yang mantap.

Sorotan Pencapaian Utama:
πŸ₯‡ Muhammad Hariz Hakimi Bin Yakop – 100m Lelaki 15
πŸ₯‡ Muhammad Adam Danial Bin Mohd Mohadzir – Lompat Kijang Lelaki 17
πŸ₯‡ Ariz Azman Bin Md Azmani Syah – Lompat Jauh Lelaki 15
πŸ₯ˆ Mohamad Syahid Bin Benyamin – Rejam Lembing Terbuka (Alumni SMIH)
πŸ₯‰ Zul Razique Bin Zul Azam – Lontar Peluru Lelaki 17
πŸ₯‰ Muhammad Darwisy Bin Mohd Fadly Arif – Lompat Kijang Lelaki 17
🎯 Muhammad Alif Irsyad Bin Mohamad Fadzli – Tempat ke-6 Lompat Jauh Lelaki 17
🎯 Muhammad Haziq Danial Bin Mohd Rezwan – Tempat ke-5 200m Lelaki 17

Firman Allah SWT:
β€œSesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam amal mereka.” (Surah As-Saff: 4)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berilmu, beramal dan memimpin, selaras dengan motto β€œda’wah through sport”. πŸ’ͺπŸ½πŸƒβ€β™‚οΈ

Disediakan oleh

Ustaz Amin
Penyelaras Olahraga

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda