KUNJUNGAN SILATURRAHIM SMP AL MADINAH SOLOK SUMATERA 2019


Pada tanggal 24 Februari 2019, seramai 17 orang murid dan 3 orang pengiring dari SMP Al Madinah telah datang mengujungi Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

Mereka tiba di perkarangan sekolah sekitar 8 pagi, dan disambut meriah oleh murid-murid banin tingkatan 1. Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Tuan Haji Hassan Bin Hushin, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hdayah , Puan Seri Juli Emaswati Binti Adnan dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Sekolah turut sama menyambut kedatangan mereka.

Sepanjang lawatan ini, murid-murid SMP Al Madinah telah berpeluang memasuki kelas dan merasai suasana pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan di SMIH.

Pada malam akhir lawatan mereka, para peserta lawatan SMP Al Madinah dan murid-murid banin Sekolah Menengah Islam Hidayah telah berpeluang menyaksikan persembahan dari kedua-dua buah sekolah. Acara penutup lawatan kunjungan silaturrahim ini diakhiri dengan pertukaran Sijil Penghargaan dan cenderamata dari kedua-dua buah sekolah.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda