Pada 18 Oktober 2018, Sekolah Islam Hidayah JB telah dikunjungi oleh Yayasan Nurrahim Annur, Cikarang Timur, Indonesia. Kunjungan ini disertai oleh 3 buah sekolah:
- Sekolah Dasar Islam Terpadu Annur
- Sekolah Dasar Islam Terpadu Modern Nurrahman Deltamas
- Sekolah Menengah Pertama Islam Terpadu Annur
Seramai 10 orang guru dan staf dan 80 orang murid menyertai rombongan ini.
Antara objektif lawatan adalah untuk menjalin hubungan silaturrahim dan bertukar-tukar budaya antara 2 buah negara.
Semoga jalinan silaturrahim ini berpanjangan dan bermanafaat di dunia dan akhirat.