Guru-guru kami sentiasa diberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru mendidik.
Guru adalah sebagai contoh teladan kepada murid dalam akhlak dan tindakan.
Guru-guru kami sedia berkhidmat untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam urusan akademik, pembinaan sahsiah dan soft skills.
Mempunyai keluasan ilmu dan ketajaman akal fikiran. Mampu untuk menilai kebaikan dan keburukan dan tidak menerima tanpa menilai.
Baik dalam iman, ibadah, akhlak. Baik budi pekerti. Baik dalam urusan-urusan keduniaan dan baik juga dalam urusan-urusan akhirat.
Mempunyai keinginan untuk mengajak orang lain untuk menjadi baik. Merasakan perlu menjadi agen perubahan bukan hanya menunggu dunia berubah.
Menterjemahkan ilmu di dada kepada amal soleh untuk diri di dunia dan di akhirat. Memberikan manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Bukan hanya baik untuk diri sendiri, tetapi menyebarkan kebaikan dan mengajak orang lain kepadanya. Tidak takut untuk menegur sesuatu yang silap tetapi melakukannya dengan penuh hikmah.
Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membangunkan ummah yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat, dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sehjahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.
Menerajui sistem Pendidikan Islam yang syumul dan lestari ke arah melahirkan insan Rabbani yang mampu memimpin dan membawa rahmah kepada masyarakat.