Pada 15 November 2018 yang lalu, seramai 15 orang murid dan 2 orang guru (Ustaz Tawfiq Rahmat & Ustazah Sakeenah Salleh) dari Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru bersama 297 anggota KRS MUSLEH telah berlepas ke Cibubur, Jakarta untuk menyertai KEMNAS-4.
Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 14000+ orang peserta dari seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand yang berlangsung dari 16 sehingga 19 November 2018.
Rombongan kontinjen KRS Musleh telah diketuai oleh Mejar Abd Rahaim Md Isa beserta ahli sekretariat yang lain.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah bersama Tokoh Nasional, aktiviti olahraga, Nusantara Legend, Seni & Budaya, Expo, Konsert bersama Shoutul Harakah, Arruhul Jadid, Opick dan banyak lagi.
Selain itu, aktiviti qiyamullail, bacaan Al-Quran dan Al-mathurat serta solat berjemaah menjadi penekanan utama dalam aktiviti perkhemahan ini.
Selepas tamat perkhemahan, Kontinjen KRS Musleh telah membuat lawatan sambil belajar ke Taman Mini PP-IPTEK dan juga melawat Sekolah Ummul Qura, Bogor dan Desa Bantar Sari, Bogor .
Kontinjen KRS Musleh telah selamat tiba di Malaysia pada 22 November 2018 yang lalu.
Semoga para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan pengalaman yang amat berharga sesuai dengan tagline KEMNAS-4 iaitu Mandiri, Tangguh, Persaudaraan.
-TKRSM SRIHJB-