Kejayaan SMIH JB dalam Pertandingan Video Pendek Amal Islami (PVPAI) 2025

Pada 22 – 26 SEPTEMBER 2025 guru-guru PIC serta para peserta telah bertungkus lumus berhempas pulas membuat persiapan, latihan demi latihan sempena Pertandingan Video Pendek Amal Islami (PVPAI) 2025 anjuran Musleh Integrated Education Berhad (MIEB).
Untuk makluman, pertandingan ini dilaksanakan pada setiap tahun dan disertai oleh sekolah-sekolah rendah dan menengah dari seluruh Malaysia. Tidak ingin ketinggalan, Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru juga telah menghantar penyertaan. Sebanyak 18 acara iaitu kira-kira seramai 81 orang peserta telah dihantar untuk menyertai pertandingan ini. Peserta adalah terdiri daripada murid dan juga guru dan Alhamdulillah 15 acara telah berjaya mendapat tempat.
Keputusan pertandingan telah pun diumukan pada 3 November 2025, iaitu pada hari Isnin yang lalu. Kejayaan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru dalam PVPAI 2025 adalah seperti berikut:

  1. JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
  2. JOHAN PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING
  3. JOHAN PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING (P)
    NURUL FATEHAH BINTI MUHAMMAD HAFIZUL AMIN
  4. JOHAN PERTANDINGAN TAZKIRAH (P)
    ‘IZZAH NUR ‘AISYAH BINTI ISMAIL
  5. NAIB JOHAN PERTADINGAN NASYID
  6. NAIB JOHAN PERTADINGAN KALAM JAMAIE
  7. NAIB JOHAN PERTADINGAN TILAWAH (L)
    MUHAMMAD IMRAN BIN IBRAHIM
  8. NAIB JOHAN PERTADINGAN VIDEO KESUKARELAWAN
  9. TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN POSTER KHAT (L)
    MUHAMMAD MUADZ BIN MESRI
  10. TEMPAT KEEMPAT PERTANDINGAN SYARAHAN (L)
    MUHAMMAD KHALIS BIN MOHAMAD RIJAL
  11. TEMPAT KEEMPAT PERTANDINGAN KHITOBAH (P)
    AISYAH MARDHIAH BINTI MOHD AZLEE
  12. TEMPAT KEEMPAT PERTANDINGAN POSTER KHAT (P)
    NUR ALYA IMAN BINTI MOHD TAUFEK
  13. TEMPAT KELIMA PERTANDINGAN SYARAHAN (P)
    DARYN WITRA BINTI ASRUL AFFANDI
  14. TEMPAT KELIMA PERTANDINGAN TILAWAH (P)
    HAMNAH MURSYIDAH BINTI ‘AMMAR TAQIYUDDIN
  15. TEMPAT KELIMA PERTANDINGAN INOVASI PENGURUSAN
    Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta serta semua guru pembimbing yang tidak kenal erti lelah sepanjang sesi latihan dan penggambaran sejak dari awal lagi. Kejayaan ini bukan sahaja kejayaan peserta malah kejayaan guru-guru pembimbing yang sangat berdedikasi serta insan-insan di sebalik tabir iaitu bahagian teknikal dalam kerja-kerja rakaman dan penyuntingan video dan lain-lain lagi.
    Sekalung penghargaan juga buat Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru Pn. Seri Juli Emas Wati binti Adnan dan PK Kokurikulum Pn. Norhawanis binti Samion atas dorongan dan sokongan yang diberikan kepada para peserta.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda