Cara Bayar Yuran

CARA PEMBAYARAN YURAN PERSEKOLAHAN / PENGAJIAN / ASRAMA SEKOLAH ISLAM HIDAYAH

Mulai tahun 2019, semua ibu bapa dan penjaga hendaklah menggunakan Sistem JomPAY dalam talian / online banking dari mana-mana bank ketika membuat bayaran yuran persekolahan / pengajian / asrama.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk menggunakan sistem JomPAY ini:

Biller Code: 10322 (Pusat Pendidikan Hidayah Bhd)
Ref 1: Letak hanya Nombor Matrik Pelajar sahaja (Contoh: 19PR5000, 19PM5678, 19RBP0700), tanpa (/)
Ref 2: Maklumat Yuran (Contoh: Mei 2019 / Nama Pelajar / Nama Kelas)

PENTING:
Sebelum membuat bayaran, klik nama pelajar, untuk semak status yuran di www.hidayah.edu.my : pautan -> E-WARIS

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran boleh dihantar ke emel: [email protected]

NOTA:

  1. Penggunaan JomPAY ini adalah hanya untuk pembayaran yuran SAHAJA.
  2. Satu transaksi bayaran adalah untuk seorang pelajar sahaja (mengikut nombot matrik).
  3. Boleh buat satu bayaran untuk beberapa bulan atau jenis yuran.
  4. Digalakkan menggunakan Bank Muamalat.
  5. Digalakkan membuat bayaran sebelum 3 petang pada hari bank bekerja, KECUALI jika bayaran dibuat melalui Bank Muamalat.
  6. Proses meresit adalah dalam tempoh 10 hari bank dan pejabat sekolah bekerja. Bermula keesokan hari selepas bayaran dibuat sebelum 3 petang waktu bank bekerja.
  7. Menggunakan JomPAY, tidak perlu hantar maklumat bayaran ke sekolah seperti biasa.
  8. Sumbangan perlu terus dibayar ke akaun YAYASAN PENDIDIKAN HIDAYAH.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda