Ihtifal SRIH 2009 akan diadakan pada 21 Nov 2009 jam 8.00 pagi
Assalamualaikum…
PIBG dengan ini menjemput dan mempersilakan semua
warga Hidayah (SRIH & SMIH) memeriahkan Hari Ihtifal tahun ini. PIBG menganggap Hari Ihtifal tahun ini sebagai HARI WARGA HIDAYAH dan PIBG berganding
bahu memeriahkannya melalui pelbagai aktiviti dalam
dan luar dewan.
Bersama-sama ini dikepilkan BULETIN PIBG keluaran
khas yang mengandungi makluamat-maklumat
berkaitan.
Wassalam
Pengerusi PIBGSRIH
Salam para ibu ayah yang dihormati,
Ihtifal SRIH kali ke 20 Insya Allah akan diadakan pada hari Sabtu, 21 November 2009. Majlis akan bermula 8 pagi-1 tengahari. Selain dari majlis penyampaian hadiah, sijil dan persembahan murid, akan diadakan juga pameran, cabutan bertuah, jualan barangan terpakai melalui ‘car boot sale’ dan gerai-gerai jualan. Di samping itu, kita juga akan membuka kaunter menderma darah dengan kerjasama HSA.
Pihak sekolah dengan sukacitanya ingin menjemput semua ibubapa bersama-sama memeriahkan Ihtifal tahun ini. Surat jemputan akan menyusul kemudian, Insya Allah.
Hassenah Che Amat
PK HEM SRIH