Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa permohonan penempatan Asrama Sekolah Menengah Islam Hidayah bagi sesi 2026 kini dibuka. Permohonan ini khusus hanya untuk pelajar yang telah mendaftar atau telah menerima surat tawaran pengajian di Sekolah Menengah Islam Hidayah terlebih dahulu.
📌 Syarat Penting:
Hanya pelajar SMIH yang berstatus Telah Daftar / Telah Menerima Surat Tawaran Sekolah sahaja dibenarkan mengisi borang permohonan asrama.
Permohonan daripada calon luar / belum berdaftar tidak akan diproses.
🔗 Borang Permohonan Asrama:
https://hidayah.edu.my/PERMOHONAN-ASRAMA-2026
🗓 Tarikh Tutup Permohonan:
30 November 2025
📝 Perhatian:
Sila baca dan fahami setiap maklumat dalam borang permohonan dengan teliti. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses semakan.
Waktu Urusan Pentadbiran Asrama
📅 Isnin – Jumaat
⏰ 8.00 pagi – 4.30 petang
Untuk pertanyaan, sila hubungi:
📞 En. Muiz Razak (Pembantu Asrama) — 013-723 4255
