Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan satu sesi ramah mesra antara ibu bapa dengan guru-guru tingkatan 3 & 5. Butir-butir lanjut berhubung majlis tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 07 April 2016 (Khamis)
Masa : 2.00 – 4.00 petang
Tempat : Dewan Khandaq
Tujuan : Perbincangan mengenai prestasi pelajar
Pihak sekolah sangat berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua-dua belah pihak demi keberkesanan pendidikan anak-anak kita.
Sukacita dimaklumkan juga, bahawa pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan pulang pada jam 2.00 petang pada hari tersebut.