Satu malam di bulan Ramadhan di mana warga Hidayah berkumpul berbuka puasa, solat berjamaah dan taraawih dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim
Satu program bersempena memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW
Insiden taarbawi itu sudah lama berlalu, namun roh, semangat dah fikrahnya perlu dihidupkan di kalangan warga Hidayah dan seluruh masyarakat
Menghayati perjuangan Nabi junjungan Rasulullah SAW dan sahabat generasi awal Islam dalam dakwah, perjuangan dan pengorbanan
Merapatkan ukhuwwah Islamiyah dan barisan warga Hidayah serta masyarakat setempat melalui kebersamaan Iftar Ramadhan dan menjayakan aktiviti PIBG khususnya di bulan Ramadhan al-Mubarak
Menjana dan mengumpul dana bagi keperluan Pembangunan Prasarana & Operasi Sekolah Islam Hidayah
Memberi kesempatan kepada ibubapa menyumbang jamuan berbuka bagi meraih keberkatan dan ganjaran Ramadhan yang berkat ini
Apa projek terkini yang sedang diusahakan?
(1) Projek pembinaan Blok Tahfiz SIH Johor Bahru
Projek ini memerlukan kos belanja sekitar RM3.4 juta.
(2) Projek pembinaan Blok 3 Tingkat SIH Batu Pahat
Projek ini dianggarkan kos sekitar RM3.5 juta bagi fasa yang pertama.