INI SEJARAH SEKOLAH HIDAYAH

sekolah hidayah di rumah teres skudai

Sekolah Islam Hidayah bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 1989.  Mula beroperasi dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.

tenaga pengajar awal sekolah hidayah

Pada tahun ke 2, pelajarnya telah meningkat kepada 65 dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke tempat lain di sebuah rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor.

sekolah hidayah kg sinaran baru

Pada tahun ke 3 beroperasi (1991) SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor.  Tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang.

Bangunan ini asalnya adalah rumah kongsi pekerja binaan UTM semasa pembinaan awal kampus tersebut.  Dua buah bangunan sumbangan UTM itu telah dibuka dan dibina semula di SRIH.

asal pejabat sekolah hidayah

Sejak mula beroperasi di tapak baru (1989) sehingga 2007, pentadbiran Hidayah hanya dikendalikan di bangunan usang dan serba kekurangan ini.  Di atas tapak ini jugalah Pejabat Hidayah yang baru dibina.

pejabat baru sekolah islam hidayah

PEJABAT HIDAYAH.  Bangunan ini mula digunakan pada tahun  2007 untuk menempatkan semua urusan pentadbiran Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru.

piling bina 4 tingkat srih

Hidayah mengukir sejarah tersendiri apabila membina bangunan 4 tingkat, sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai. Mengambil masa pembinaan selama 2 tahun.  Mula dibina pada akhir 1999 dan mula digunakan pada awal 2002.

bangunan 4 tingkat amanah 1 sekolah rendah islam hidayah

Bangunan 4 tingkat itu kini tersergam gagah menanamkan rasa izzah di hati anak-anak Hidayah untuk terus berusaha memburu kejayaan dan bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah ternama.

asal musolla surau hidayah

Inilah surau lama yang telah berkhidmat dari 1989 hingga 2007.  Di atas tapak ini jugalah bangunan Kompleks Surau dan Tahfiz didirikan.

kompleks musolla hidayah 3 tingkat

Kompleks Surau dan Tahfiz (kanan) yang telah dibina hasil sumbangan orang ramai.  Mula digunakan pada tahun 2007.  Pembinaannya menelan belanja RM 800,000.00.

wajah murid sekolah rendah islam hidayah 2007

Wajah-wajah bersih anak-anak di hari pertama menjadi warga Hidayah. Pelajar tahun 1 SRIH 2007.  Siapa sangka mereka bakal melakar kegemilangan bersama Hidayah?

malam galaksi hidayah 2007 persada johor

Pelajar juga diberi peluang meningkatkan keyakinan diri.  Mereka digalakan menganjurkan program besar.  Malam Galaksi Hidayah 2007 dianjurkan untuk mengutip tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz.  Majlis ini berjaya mengutip lebih RM 150,000.00. Kutipan derma ini dibuat untuk mengisi tabung pembinaan Kompleks Surau dan Tahfiz Sekolah Islam Hidayah.  Persada Johor. Majlis ini dianjurkan sepenuhnya oleh pelajar tingkatan 5 sesi 2007.

malam badar 2008 rewang pelajar

Di Sekolah Islam Hidayah, pelajar dilatih bekerjasama dan saling membantu dalam suasana mesra dan ikhlas. Gambar menunjukkan beberapa pelajar bergotong-royong untuk persiapan jamuan Malam Badar 2008.

mukhayyam smih taman negara endau rompin

Pelajar diwajibkan mengikuti Mukayyam (perkhemahan) setiap tahun bermula dari Tahun 4 SRIH sehinggalah ke Tingkatan 5 SMIH. Mereka dilatih untuk sentiasa mengabdikan diri kepada Allah walau di mana dan bagaimana sekali pun keadaan mereka. Gambar di atas sewaktu mukhayyam Tingkatan 5, Taman Negara Endau Rompin.

lawatan sekolah jepun bersama smih

Sekolah Islam Hidayah juga mula terkenal di persada antara bangsa.  Pada 24 Okt 2008 sekumpulan 82 orang pelajar dari Sekolah SUMA GAKUEN, JEPUN telah melawat Sekolah Islam Hidayah bersama 7 orang pengiring.  Majlis sambutan dibuat bermula 8 pagi hingga 12 tengahari.  Bertemakan pertukaran budaya Malaysia-Jepun, lawatan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak mengenali budaya dan resepi kecemerlangan masing-masing.

Tanpa Sumbangan Anda, Tiadalah Sekolah Islam Hidayah Hari Ini

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan bantuan serta sokongan kepada sekolah sehingga kita dapat mencapai prestasi kita sekarang. Sama-samalah kita meningkatkan lagi semua aspek di sekolah kita ini di masa akan datang.