Selamat Datang ke page Dana Hidayah

Dana Hidayah (DH) ialah satu tabung khas yang diwujudkan oleh Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) untuk menampung perbelanjaan pembangunan fizikal dan operasi sekolah.

logo_srih

Sekolah Rendah Islam Hidayah

Di Johor Bahru dan di Batu Pahat

Logo SMIH Transparent

Sekolah Menengah Islam Hidayah

Di Johor Bahru dan di Batu Pahat

Semua sumbangan yang disalurkan ke tabung dana ini akan dibelanjakan untuk aktiviti pembangunan sekolah, terutamanya pembinaan bangunan baru untuk menaiktaraf kelas, bilik guru, surau, makmal, perpustakaan dan sebagainya.

Tuan/Puan dipelawa untuk sama-sama  bersama kita menyumbang kepada DH sebagai satu pelaburan di dunia dan saham akhirat, IN SYAA ALLAH.

Mudah-mudahan dengan sedekah jariah yang tuan/puan laburkan hari ini, ganjaran pahalanya berterusan. 

Jutaan terima kasih kerana sudi membaca dan menderma untuk Dana Hidayah. Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa baik tuan/puan. 

"Barangsiapa memberi petunjuk pada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikuti ajakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun juga."

Tiga projek utama bermula 2020 dengan jumlah kos

RM 5000000

1. Projek pembinaan Blok 3 Tingkat SIH Batu Pahat dengan anggaran kos RM3.5 juta

Bangunan baru yang sedang dalam proses pembinaan ini bakal menempatkan murid-murid Tahun 1- 6.

Buat masa ini, murid-murid ini ditempatkan di bangunan-bangunan lama yang berkongsi ruang dengan murid sekolah menengah. Bermula tahun 2022, bilangan kelas dan ruang yang ada tidak mampu lagi untuk menampung keseluruhan keperluan murid sekolah rendah dan menengah.

Oleh yang demikian, keperluan bangunan baru ini sangat mendesak bagi murid-murid ini.

Perkembangan projek pembinaan SIH BP ini boleh dilihat di:

2. Projek pembinaan Blok Tahfiz di SIH JB bagi fasa pertama & kedua dengan anggaran kos RM3.4 juta

3. Di samping itu, sumbangan kepada DH juga akan digunakan untuk pengurusan & pengoperasian sekolah dalam jumlah lebih kurang RM500k