Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) telah diumumkan iaitu pada 9 Mei 2018 (Rabu) dan diistiharkan sebagai cuti umum.
Sehubungan dengan itu Pusat Pendidikan Hidayah mengisytiharkan SRIH JB, SRIH BP dan SMIH JB akan cuti pada 10 Mei 2018 bagi memberi peluang kepada 250 orang kakitangn sekolah dan lebih 1,000 orang ibu bapa menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Pengisytiharan cuti ini juga memberi isyarat kepada warga kerja sekolah dan juga 2,000 pelajar bahawa tanggungjawab memilih pemimpin melalui pengundian dalam pilihanraya ini sangat penting di samping memupuk nilai cintakan negara dan keutamaan dalam memilih pemimpin demi generasi masa depan.
Semoga warga kerja hidayah dan ibu bapa dapat membuat pilihan yang tepat melalui undi yang diberikan.
Sekian, jazakumullahu khairan kathiran dan terima kasih
Yang menjalankan amanah
MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif