Bengkel Robot Rero


Kelab Robotik Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menjalani Bengkel Robot Rero pada 8 Ogos 2018 yang disertai seramai 38 orang pelajar.

Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Afnizan Faizal Abdullah dari UTM dan Puan Aishah Yusoff (CEO of IDEA Innovation Development Centre) beserta 4 orang pelajar sarjana UTM.

Alhamdulillah, dengan sukacitanya Kelab Robotik SMIH JB telah menerima sumbangan sebanyak 10 set Arduino daripada Dr. Afnizan Faizal Abdullah (UTM) dan Puan
Aishah Yusoff (CEO of IDEA Innovation Development Centre) semasa program tersebut.

Para pelajar juga turut mendapat latihan mengendalikan robot rero bersama dengan 4 orang fasilitator dari UTM tersebut.


Pihak SM Islam Hidayah JB berasa berterima kasih diatas sumbangan dan latihan yang diberikan. Jazakumullah khairan katsira diucapkan kepada para penyumbang.

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda