Alhamdulillah pada 1 Februari 2019, Bidang Ilmu Wahyu telah berjaya mengadakan bengkel membina bahan bantu mengajar bagi membantu para guru mendidik pelajar di Alaf ke 21 ini dengan lebih cemerlang dan efisien. Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Norkamarul Kalam bin Zulkifli, seorang guru senior yang sangat berpengalaman. Seramai 16 orang guru telah menghadiri bengkel ini. Semoga hasil ABM yang dibina boleh dikongsi bersama dan seterusnya dapat melonjakkan pemahaman para pelajar di dalam subjek Diniah khususnya.