Induksi Tahun 1 Dan Taklimat Ibubapa

 

alt

INDUKSI TAHUN 1, TAKLIMAT IBUBAPA dan BEBERAPA PEMAKLUMAN LAIN

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Unit Kemasukan dan Rekod akan mengadakan program Induksi Tahun 1 bagi semua murid Tahun 1 sesi 2013. Satu taklimat ibu bapa juga akan diadakan serentak dengan program induksi ini. Butiran program adalah seperti berikut :

Aktiviti A : Induksi Tahun 1 (murid-murid)

            Tarikh               : 31 Disember  2012 (Isnin)

            Masa                : 8.00pg – 10.30pg

            Tempat                        : Kelas masing-masing

Aktiviti B : Taklimat Ibu bapa (ibu bapa/penjaga)

            Tarikh               : 31 Disember  2012 (Isnin)

            Masa                : 8.30pg – 10.30pg

            Tempat                        : Dewan Badar – Bangunan Amanah

1.         Semua murid diminta :

i .         Memakai pakaian sekolah yang lengkap (kasut dan stokin hitam)

ii.          Membawa peralatan menulis dan mewarna

2.         Minggu Pertama persekolahan iaitu 2  – 4 Januari 2013 (Rabu – Jumaat) adalah minggu transisi dan jadual transisi akan diberikan kepada murid-murid semasa hari induksi Tahun 1. Masa rehat murid-murid adalah pada  jam 9.45 – 10.35pg. Murid-murid juga dibenarkan pulang awal pada minggu tersebut iaitu pada jam 1.35ptg.

 

3.         Mulai minggu ke-2 persekolahan 2013 (Isnin, 7 Januari 2013), waktu rehat bagi murid tahun 1 ialah pada jam 10.15 – 10.35pg iaitu rehat bersama dengan murid-murid Tahun 3 dan 6. Oleh itu diminta kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak tuan/puan membawa wang yang mencukupi atau membawa bekal makanan. Manakala waktu pulang adalah pada jam 2.30ptg.

 

4.         Begitu juga mulai minggu ke-3, waktu pulang ialah pada jam 2.30ptg kecuali hari Selasa. Bermula hari Selasa 15 Januari 2013, murid-murid Tahun 1 – 3 akan pulang pada jam 3.30ptg kerana program Fardhu Ain akan bermula.

 

5.         Ibu bapa diminta memastikan murid-murid mengenali kenderaan mereka apabila pulang dan jadual pulang kenderaan tersebut.

 

6.         Diharap ibu bapa dapat memastikan nama murid dan nama kelas ditulis pada semua buku dan peralatan murid terutamanya kasut sekolah dan beg.

 

7.         Murid-murid digalakkan membawa selipar untuk solat bagi mengelakkan tertukar kasut di surau sekolah. Bagi murid-murid perempuan Tahap 1 (Tahun 1 – 3) tidak diwajibkan memakai telekung semasa solat memadai dengan memakai tudung sekolah dan stokin.

 

9.         Jadual waktu belajar akan diedarkan, InsyaAllah pada hari Jumaat minggu pertama persekolahan.

 

10.       Jualan buku untuk murid SRIH adalah pada 26 – 28 Disember 2012 jam 9.00pg

 – 3.00ptg di Dewan Badar. Buku-buku yang telah dibeli tetapi belum dapat akan diberikan kepada murid melalui guru kelas / subjek. Ibu bapa diharap dapat memantau perkara ini.

 

Sekian, untuk makluman dan perhatian tuan/puan. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda