SRIHJB: Special Children- A Piece Of Hope

Alhamdulillah, pada 26/2/2020 dan 4/3/2020, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Islam Hidayah (UBK SRIH) telah mengadakan program bertajuk “Special Children:A Piece Of Hope” Siri 1 &2. Program bermula pada jam 2.45 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang dengan dihadiri oleh semua guru SRIH.

Pengisian program Siri 1 telah disampaikan oleh Puan Noor Fadhilah binti Tohiran dan Cik Laura Adila Alvian. Kedua-duanya adalah Jurupulih Carakerja dari Hospital Permai.


Manakala untuk Siri 2 telah disampaikan oleh Dr. Nor Rahidah binti Abdul Rahim, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Sultanah Aminah.

Tujuan UBK SRIH mengadakan program ini adalah untuk melahirkan guru-guru yang cakna kepada anak-anak istimewa serta membantu guru dalam mengenali dan memahami anak-anak istimewa.

Semoga dengan adanya program ini, lebih membuka minda dan memberi ilmu pengetahuan kepada guru-guru dalam berhadapan dengan anak-anak sebegini sesuai dengan tagline SRIH 2020

Rahmah, Berprestasi Tinggi dan Memimpin.

Om Wasiilah binti Osman
Guru Bimbingan dan Kaunseling
4/3/2020

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda