Pihak sekolah sangat menghargai komitmen tuan puan terhadap pendidikan anak-anak dan sentiasa memastikan yuran anak-anak dijelaskan sebelum tamat tempohnya. Kemudahan JomPAY yang diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan kedua pihak agar rekod pembayaran lebih terjamin.
Hasil maklum balas dari tuan puan dan pihak pengurusan sekolah diambilkira dalam memperkemas polisi pembayaran yuran.
Polisi yang digunakan ini bertujuan untuk memudahkan urusan tuan puan dan pihak sekolah dalam usaha memperkemas sistem pembayaran yuran agar pendidikan anak-anak di sekolah ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sekolah berharap tuan puan sentiasa bersama memahami dan menyokong misi dan visi sekolah ke arah melahirkan generasi rabbani
Semoga Allah sentiasa membantu kita dan memberkati pengorbanan tuan puan sepanjang persekolahan anak-anak di Sekolah Islam Hidayah.
Yang menjalankan amanah,
MOHD JELANI BIN RAMLY
Ketua Eksekutif, Pusat Pendidikan Hidayah Bhd.
s.k Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah
Guru Besar Sekolah Rendah Islam Hidayah
Bahagian Kewangan
POLISI YURAN SEKOLAH ISLAM HIDAYAH 2020 | |
1 | Pembayaran yuran adalah melalui aplikasi JomPAY SAHAJA. |
2 | Bayaran pendaftaran bagi pelajar lama untuk sesi baru adalah selewatnya sebelum atau pada 20hb Disember. Jika ibu bapa/penjaga gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. |
3 | Bayaran pendaftaran bagi pelajar baru, perlu dibayar sebelum atau pada hari pendaftaran seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Jika ibu bapa/penjaga gagal membuat bayaran, nama murid tidak didaftarkan ke dalam senarai kelas. |
4 | Resit rasmi perlu diterima untuk setiap bayaran sebagai bukti pembayaran melalui emel (Sila sentiasa kemaskini profil pelajar). |
5 | Yuran Pengajian sepatutnya/hendaklah dibayar setahun. Ibu bapa/penjaga dibenarkan membayar secara bulanan tanpa tertunggak sebelum 10hb untuk bulan berkenaan. Diskaun diberikan kepada pelajar warganegara SRIH dan SMIH (JB) yang membayar yuran setahun semasa pendaftaran atau selewatnya pada bulan Januari. |
6 | Yuran Pengajian bagi warga luar hendaklah dibayar setahun atau sentiasa 3 bulan awal (Bayar yuran pertama hingga ketiga semasa pendaftaran, yuran keempat dan seterusnya MESTI dibayar mulai bulan Januari atau bulan berikutnya hingga September) |
7 |
Ibu bapa/penjaga yang memilih untuk membayar Yuran Pengajian secara bulanan, tetapi tidak membuat bayaran selewatnya pada 10hb bulan semasa, ini telah dikira sebagai YURAN TERTUNGGAK. Tindakan terhadap mereka yang mempunyai tunggakan yuran adalah seperti berikut: 7.1 Peringatan melalui SMS – jika sebulan tertunggak. |
8 | Notis peringatan berkaitan status yuran tertunggak akan dikeluarkan kepada ibu bapa/penjaga yang berkenaan pada bulan November. Murid yang tidak selesai bayaran yuran tahun semasa tidak dibenarkan membayar dan bersekolah untuk sesi baru serta boleh dikenakan tindakan undang-undang. |
9 |
Pembatalan pendaftaran atau kemasukan atau urusan keluar sekolah adalah seperti berikut : 9.1 Sebelum sesi persekolahan bermula, |
10 | Bagi murid yang sakit atau cuti berpanjangan, jika ibu bapa/penjaga masih berminat untuk meneruskan persekolahan samada ditahun semasa atau seterusnya, Yuran Pengajian perlu terus dibayar. Jika sebaiknya, mereka perlu berhenti dan mendaftar baru jika ingin kembali ke sekolah. Walau bagaimanapun, penerimaan untuk mendaftar adalah bergantung kepada kekosongan tempat belajar. |
11 |
Yuran asrama (SMIH JB) 11.1 Murid yang ada tunggakan yuran (samada yuran asrama atau yuran pengajian atau yuran persekolahan), tidak layak mohon masuk asrama. |