Warga Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris (SRIHBP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Shah Nazrin bin Mohd Shalahudin (5AM) atas kejayaan meraih tempat ketiga dalam MyAERO Challenge 26 (Autonomous Swarm Drone Challenge) di peringkat kebangsaan.
Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, disiplin dan semangat untuk terus belajar mampu membawa kejayaan yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRIHBP untuk terus melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Teruskan melangkah ke hadapan dan buktikan bahawa Hidayah Boleh!
Sumber: Facebook SRIHBP