SRIHBP | Pengiktirafan 4 Bintang SKIPS 2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Sekolah Rendah Islam Hidayah Pasirris (SRIHBP) menerima pengiktirafan 4 Bintang dalam Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) Tahun 2026 bagi kategori Sekolah Rendah Agama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengiktirafan ini disampaikan dalam Majlis Anugerah SKIPS Tahun 2025 dan 2026 pada 13 November 2026 di Dewan Head of State, PICC Putrajaya. Ia menyusul pengiktirafan 5 Bintang Sistem Kualiti IKRAM Musleh (SKIM) yang diterima sekolah pada tahun 2024.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kesungguhan dan kerjasama seluruh warga SRIHBP dalam memastikan kualiti pendidikan dan pengurusan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik. Penghargaan dan ucapan terima kasih khusus buat barisan pentadbir, guru, staf, ibu bapa serta para murid yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

Sesungguhnya, kejayaan ini bukan milik individu, tetapi milik kita bersama. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan rabbani.

SRIHBP: Bersama Membina Generasi Rabbani!

Sumber: Facebook SRIHBP

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda