SMIHJB | STEM-AI Youth Innovation Challenge 2026

10 November 2026

Assalamu’alaykum wrm wbt

Pada 2 November 2026, 3 orang peserta menyertai Pertandingan Komik AI bagi program STEM-AI Youth Innovation Challenge anjuran Fakulti Pendidikan Sains dan Teknologi (FEST) dan JPN Negeri Johor yang ditempatkan di New York Hotel, Johor Bahru

Peserta yang terlibat adalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 3 Mahabbah iaitu Muhammad Salahuddin bin Johari, Iyad Muhammad bin Nazri dan Asyraf bin Muzaffar dan mereka mewakili pasukan Hidayah Squad.

Peserta telah menghadiri beberapa sesi bengkel pada 10 Oktober dan 24 Oktober bagi membuat persiapan pertandingan dan berbincang idea komik yang akan dihasilkan, dengan tajuk: Saladin; Janji di Sebalik Abu. Fasi dalam kalangan pelajar UTM juga terlibat dalam memberikan bimbingan untuk menghasilkan Komik AI tersebut

Setelah mempersembahkan komik kepada para juri pada 2 November 2026, pasukan Hidayah Squad telah merangkul Tempat Pertama dalam kategori Komik AI Sekolah Menengah dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500, alhamdulillah

Doakan kejayaan ini memberikan suntikan semangat kepada mereka untuk terus maju dan mengharumkan nama Hidayah dan Islam di muka bumi ini

Semoga kejayaan yang dicapai membina generasi pewaris yang berfikiran kritis dan analitikal.

Imran Omar
Guru Pengiring
Hidayah Squad
STEM-AI Youth Innovation Challenge 2026

Kongsikan dan Sebarkan