Majlis Penghargaan Qiyadah Tingkatan 5

SMI Hidayah JB
Tema: “Hidayah untuk Ummah”

Alhamdulillah, Majlis Penghargaan Qiyadah (MPQ) Tingkatan 5 telah dilaksanakan pada 29 Oktober 2026. Majlis ini bertujuan untuk menghargai dan meraikan qiyadah murid Tingkatan 5 yang telah memberikan komitmen serta sumbangan dalam melaksanakan amanah kepimpinan di sekolah. Selain itu, majlis ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan murid, guru dan pihak pengurusan sekolah.

Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta di foyer SMIH, diikuti dengan solat Maghrib secara berjemaah. Para peserta kemudiannya bergerak ke ROOMARAHA bagi meneruskan majlis. Ketibaan tetamu jemputan disusuli dengan majlis pembukaan yang berlangsung dalam suasana penuh bermakn. Antara tetamu jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Ketua Pegawai Operasi Pusat Pendidikan Hidayah Pn. Hajah Rohaida binti Ridzwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Tn. Hj. Hasan Hushin, Pengetua, barisan jawatan kuasa pengurusan sekolah serta wakil guru unit qiadah yang terlibat.

Seterusnya, para hadirin menikmati jamuan makan dan menunaikan solat Isyak secara bergilir. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Murid Saudara Ahmad Faiz bin Azhar, Pengetua Puan Seri Juli Emas Wati binti Adnan dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah iaitu Tuan Haji Hasan bin Hushin. Ucapan-ucapan tersebut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan para qiyadah serta menyuntik semangat kepada mereka agar terus istiqamah dalam perjuangan dan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Najahan dan persembahan daripada wakil murid Tingkatan 5. Program kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar dan mengemas tempat sebelum majlis ditamatkan pada jam 11.00 malam.

Semoga lahir generasi “Hidayah untuk Ummah” yang terus berilmu, beriman, berakhlak dan mampu menjadi cahaya kepada masyarakat. Sesungguhnya, qiyadah bukanlah berakhir apabila tamat persekolahan, bahkan menjadi bekal untuk terus memimpin, berdakwah dan memberi manfaat kepada ummah.

Jawatankuasa
Majlis Penghargaan Qiadah (MPQ) 2026
SMI Hidayah JB

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda