SMIHJB | BENGKEL PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2026: TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM

Panitia Prinsip Perakaunan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah menganjurkan Bengkel Prinsip Perakaunan SPM 2026: Teknik Menjawab Soalan SPM pada 2 Oktober 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Tabuk yang dihadiri oleh 63 orang pelajar.

Bengkel yang berlangsung dari 2.30 petang hingga 4.45 petang ini diadakan sebagai salah satu usaha membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap menghadapi SPM 2026, khususnya dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Pn. Nur Aisyah Bt. Mohd Mahor dari Maktab Sultan Abu Bakar, yang berkongsi panduan, strategi dan teknik menjawab soalan SPM dengan berkesan.

Para pelajar turut didedahkan kepada pendekatan yang sistematik dalam memahami kehendak soalan serta mengaplikasikan pengetahuan perakaunan dengan tepat.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran menjawab soalan dan penguasaan pelajar dalam Prinsip Perakaunan, di samping memberi persediaan yang lebih terarah menjelang peperiksaan SPM 2026.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh para pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan SPM 2026.

Laporan disediakan oleh:
Pn Siti Suhailah Tasmon
Guru Penyelaras
Prinsip Perakaunan SMIH

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda