Program Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Islam Hidayah (SIH) telah berlangsung dengan penuh tertib dan meriah pada pagi 18 September 2026. Majlis bermula seawal jam 7.40 pagi dengan kehadiran guru dan murid serta sarapan bersama di kelas masing-masing, diikuti ketibaan tetamu jemputan di Dewan Makan Hidayah. Murid dan guru kemudian bergerak ke dataran untuk perarakan sambil berselawat, yang diketuai oleh guru pengiring dan jawatankuasa selawat. Perarakan ini menjadi simbol kecintaan kepada Rasulullah SAW dan menghidupkan suasana ukhuwah antara warga sekolah dan masyarakat.
Majlis diteruskan dengan aluan pengerusi, nyanyian lagu rasmi termasuk Bangsa Johor dan Negaraku, serta bacaan Asmaul Husna dan selawat Tafrijiyyah. Ucapan Ketua Eksekutif memberi semangat kepada warga sekolah sebelum acara kemuncak iaitu ceramah Maulidur Rasul bertemakan Meneladani Akhlak Rasulullah. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Haji Ahmad Dhiauddin bin Salimin, Ketua Penolong Pengarah Akademik, Bahagian Pendidikan Islam, JAINJ.
Selepas ceramah, majlis diteruskan dengan marhaban , persembahan qasidah oleh murid SMIH, dan diakhiri dengan sesi fotografi Tetamu jemputan terdiri daripada wakil madrasah tahfiz, sekolah agama, masjid, PIBG, BOT, komuniti kampung.





