SMIHJB | LAPORAN PERKONGSIAN KESEDARAN: ANCAMAN DADAH SINTETIK DALAM VAPE

Tajuk: Vape: Trend atau Perangkap?
Tarikh: 17 Ogos 2026 (Isnin)
Tempat: Dewan Qadisiyah dan Dewan Tabuk, SMIHJB
Anjuran: PIBG SMIHJB dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling SMIH
Penceramah: En. Muhamad Zulhilmi bin Ahmat, Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Pada 17 Ogos 2026 (Isnin), PIBG SMIHJB dengan kerjasama Unit Disiplin serta Unit Bimbingan & Kaunseling SMIH telah berjaya menganjurkan Perkongsian Kesedaran: Ancaman Dadah Sintetik Dalam Vape yang bertemakan “Vape: Trend atau Perangkap?”.
Program ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memberikan kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar tentang bahaya penggunaan vape, khususnya risiko penyalahgunaan bahan terlarang dan dadah sintetik yang mungkin terkandung dalam sesetengah produk vape.

2.0 Pelaksanaan Program
Program telah dilaksanakan dalam dua sesi bagi memastikan penyampaian maklumat dapat berlangsung dengan teratur dan berkesan.
Sesi 1 melibatkan murid Tingkatan 1 dan 2 yang berlangsung pada 8.15 pagi hingga 10.15 pagi di Dewan Qadisiyah.
Sesi 2 pula melibatkan murid Tingkatan 3 dan 4 yang berlangsung pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Dewan Tabuk.
Perkongsian telah disampaikan oleh En. Muhamad Zulhilmi bin Ahmat, Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Penyampaian yang informatif dan bersesuaian dengan peringkat usia pelajar telah membantu mereka memahami isu vape dan penyalahgunaan dadah daripada sudut yang lebih jelas dan menyeluruh.

3.0 Objektif Program
Program ini bertujuan untuk:
Memberikan kesedaran kepada murid tentang bahaya penggunaan vape dan penyalahgunaan dadah.
Mendedahkan murid kepada risiko kewujudan bahan atau dadah sintetik dalam produk vape.
Membimbing murid agar lebih bijak membuat pertimbangan dan tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya atau trend semasa.
Memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan, keselamatan dan masa depan diri.
Mengukuhkan usaha pihak sekolah dan PIBG dalam membentuk persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

4.0 Impak dan KeberkesananProgram
Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan teratur serta mendapat penyertaan yang baik daripada para pelajar. Perkongsian yang disampaikan memberikan pendedahan yang berguna kepada murid tentang kesan dan risiko yang mungkin timbul akibat penyalahgunaan vape serta bahan terlarang.
Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran murid supaya lebih berhati-hati dalam membuat pilihan dan berani menolak sebarang bentuk pengaruh negatif yang boleh menjejaskan diri, keluarga serta masa depan mereka.

5.0 Penghargaan
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PIBG SMIHJB atas tajaan dan sokongan dalam menjayakan program ini. Penghargaan turut diberikan kepada Unit Disiplin, Unit Bimbingan & Kaunseling SMIH serta semua guru yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan program berjalan dengan lancar.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih turut ditujukan kepada En. Muhamad Zulhilmi bin Ahmat, Pegawai AADK, atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.

Kesimpulannya, Perkongsian Kesedaran: Ancaman Dadah Sintetik Dalam Vape merupakan satu inisiatif yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan kesedaran murid terhadap bahaya vape dan penyalahgunaan dadah. Diharapkan agar ilmu dan kesedaran yang diperoleh melalui program ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian serta menjadi benteng kepada para pelajar daripada terjebak dalam gejala yang boleh menjejaskan masa depan.

Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah, PIBG, AADK dan semua pihak berkaitan dapat diteruskan bagi melahirkan generasi murid yang berilmu, berdisiplin, bertanggungjawab dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Disediakan oleh:
PIBG SMIHJB 2026/2027
“Menyokong tanpa henti, Menggapai puncak prestasi!”

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda