SMIHJB | KEJOHANAN BOLA JARING P18 MSSD JB 2026

Pada 23 Jun 2026 Sek.Men.Islam Hidayah JB telah menghantar pasukan bola jaring P18 ke Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB di Velodrome Iskandar Puteri Johor. Sebanyak 31 buah sekolah mengambil bahagian. Hasrat pasukan SMIH untuk ke pusingan kedua terkubur setelah mendapat tempat ketiga dalam kumpulan . Walaupun tewas dalam pusingan ini, namun barisan pemain bola jaring SMIH tetap menunjukkan corak permainan yang berpotensi namun perlukan konsistensi yang padu demi kecemerlangan pada tahun hadapan . Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Pengetua yang banyak memberikan sokongan dan kerjasama pihak pengurusan SMIH JB, guru-guru, ibu bapa yang telah memberi sokongan dan iringan doa serta kebenaran penyertaan kepada pasukan Bola Jaring P18 MSSD Johor Bahru. Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan seterusnya kepada Jurulatih Pn. Hanim binti Jasman dan Cik Ruqayyah Nuruliman  Ainullotfi serta Pn. Syifaa’ Mohd Hatta sebagai AJK Teknikal Bola Jaring P15 dan P18 MSSD JB. Semoga pasukan Bola Jaring P18 SMIH terus cemerlang dan bersinar pada tahun-tahun akan datang.

Laporan Kejohanan Bola Jaring P18 MSSD JB 2026:

Peringkat Kumpulan:

SMIH VS SMI JB
10-3 (Menang)

SMIH VS SMK Tasek Utara 2
2-7 (Kalah)

SMIH VS SM CONVENT
4-5 (Kalah)
(Ketiga Kumpulan)

Laporan disediakan oleh.
Hanim Jasman
Pengurus,
Bola Jaring Sek. Men. Islam Hidayah Johor Bahru.

24 Jun 2026

Kongsikan Kiriman Ini

Navigasi Pos

Tinggalkan Komen Anda